Tuesday, August 21, 2012

PENGENALAN, MATLAMAT DAN AKTIVITI SYARIKAT


A. PENGENALAN
ANJURPURI ENTERPRISE telah didaftarkan di bawah akta pendaftaran perniagaan 1965 pada 21hb Januari 2002 dan ia merupakan satu Syarikat Pemilik Tunggal. Syarikat ini telah ditubuhkan khusus untuk menjalankan aktiviti perniagan dalam bidang kontraktor / binaan, lanskap, ejen komisyen am, membekal peralatan pejabat, perabot, alat-tulis, bahan makanan mentah, basah & kering, barang runcit, penyelenggaraan sistem kebersihan, bekal & baikpulih komputer, pemasangan sistem mencegah kebakaran, kerja bekal & angkut tanah, logam dengan lori kecil, ejen perkhidmatan penempahan pengangkutan.

B. MATLAMAT SYARIKAT
Matlamat utama penubuhan syarikat adalah untuk merebut peluang-peluang yang diberikan kepada bumiputra dalam bidang perniagaan di samping mewujudkan satu pasukan dalam syarikat yang diterajui dan dikendalikan sepatutnya oleh bumiputra. Ia adalah sebahagian hasrat kerajaan untuk melihat usahawan bumiputra wujud yang berdaya saing dan berdaya maju.

C. AKTIVITI SYARIKAT
Syarikat ini mempunyai pendaftaran kontraktor dengan PKK bagi lesen kelas ‘ F ‘ dan kebanyakan syarikat menjalankan kerja-kerja awam seperti membina jalan, longkang dan sebagainya. Kemudian tumpuan di beri kepada aktiviti pembinaan bangunan kerana peluang untuk maju kehadapan lebih terjamin. Secara tidak langsung syarikat dapat membuktikan kemampuan professional bumiputra di tahap tertinggi sejajar hasrat kerajaan dalam dasar ekonomi baru yang ingin melihat usahawan bumiputra maju dalam bidang perniagaan.